Putin Berikrar Untuk Teruskan Perang Di Ukraine!

760

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengatakan rundingan damai dengan Ukraine berada di jalan buntu dan berikrar untuk meneruskan pencerobohannya.

Sudah berhari-hari tiada berita mengenai kemajuan dalam rundingan damai antara kedua-dua pihak selepas Ukraine menuduh tentera Rusia melakukan jenayah perang termasuk membunuh orang awam di Bucha dan bandar lain di utara negara itu.

Ketika berucap dalam penampilan awam pertamanya sejak dakwaan kekejaman tersebut, Putin pada awalnya membandingkan dengan serangan Amerika Syarikat ke atas bandar-bandar seperti Raqqa di Syria dan kemudiannya menafikan tuduhan mengenai Bucha sebagai palsu.

Dalam sidang media bersama di Kosmodrom Vostochny di Rusia dengan Presiden Belarus Alexander Lukashenko, Putin mengatakan serangan ke atas Ukraine yang telah berlangsung lebih tujuh minggu itu berjalan mengikut rancangan.

Putin menyalahkan Ukraine kerana menggagalkan rundingan damai dan mengatakan Moscow tidak akan melepaskan ‘operasi khasnya’ untuk menghentikan tekanan daripada Barat.

Sebaliknya di sisi lain, seorang pegawai Ukraine memberitahu Reuters bahawa walaupun rundingan tersebut berdepan kesukaran, tetapi masih diteruskan.

Perbincangan diteruskan antara kedua-dua pihak melalui pautan video selepas pertemuan terakhir secara peribadi di Turki pada 29 Mac. Namun, masih tiada pengesahan umum mengenai rundingan tersebut pada minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat