Rahsia Terbongkar? Senator AS Ted Cruz Dedah Strategi Pelaburan BTC!

440

“Fuhh hebatlah, entah-entah lepas ni setiap hari pula dia beli BTC.”

Senator Amerika Syarikat (AS) Ted Cruz yang sungguh yakin terhadap potensi mata wang kripto Bitcoin (BTC) memberitahu bahawa beliau membeli aset digital tersebut setiap pagi Isnin dan ketika harganya membuat penurunan dalam beberapa hari lalu.

Selain membeli lebih banyak BTC, Cruz turut berminat membuat pelaburan jangka panjang dalam aset berisiko seperti kripto walaupun pergerakan harganya sentiasa volatile.

Beliau berpandangan bahawa BTC adalah pelindung nilai terhadap inflasi sekiranya ahli politik AS secara berterusan mencetak wang sementara Federal Reserve (Fed) pula bertindak agresif dalam menaikkan kadar faedah.

Sungguhpun kerajaan besar seperti Rusia dan China menentang konsep kripto, Cruz yang sejak dahulu lagi meminati aset digital mendedahkan beliau suka BTC atas sebab sama mengapa komunis China tidak menyukainya.

Sejak kebelakangan ini, beliau telah menerima banyak perhatian daripada media selepas mencadangkan Capitol Hill, supaya penyedia perkhidmatan makanan dan mesin layan diri  menerima pembayaran dalam kripto.

Selain itu, Cruz yang bimbang terhadap pelanggaran privasi didapati menentang sekaras-kerasnya penubuhan mata wang digital bank pusat (CBDC) susulan banyak negara kini sedang menerokai teknologi baharu tersebut.

Setakat penulisan ini, harga BTC melonjak sebanyak 1.79% pada paras $28,888 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $558 bilion dan mencatatkan kenaikan sekitar 0.02% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat