Raja Matawang Hilang Mahkota

931

US dolar jatuh lebih rendah berbanding sekumpulan matawang utama dibebankan oleh kekhuatiran terhadap kesan Covid-19 terhadap ekonomi AS setelah menyaksikan lonjakan kes baru setiap hari.

Selain itu, terdapat jangkaan bahawa mesyuarat polisi FOMC minggu ini akan memperlihatkan Federal Reserve (Fed) untuk terus memberi isyarat bahawa mereka bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi langkah dalam jangka masa panjang dan pemulihan ekonomi AS tidak semudah seperti yang berlaku di Eropah.

Fed dijangka akan kekal dengan pendiriannya terhadap dasar polisi, dengan mengekalkan kadar faedah kepada hampir sifar untuk jangka masa yang lebih lama.

Dolar greenback jatuh ke paras terendah sejak Jun 2018 kepada 93.47 pada sesi New York, sebelum diniagakan di sekitar harga 93.55.

Matawang safe-haven yen turut meraih keuntungan daripada hubungan antara AS-China. Ketegangan semakin meruncing setelah Washington mengarahkan China menutup pejabat konsulatnya di Houston, menyebabkan Beijing juga membalas tindakan yang sama.

Bagaimanapun, matawang komoditi yang sepatutnya terkesan dengan situasi ini, masih meneruskan momentum pengukuhan mereka di paras ketinggian terbaru. Dolar Aussie meningkat 0.2% ada $0.7160, mengampiri tahap tertinggi 15 bulan yang dicapainya minggu lalu.

Dolar kiwi juga kekal menguat walaupun selepas New Zealand mengumumkan untuk menangguh perjanjian ekstradisinya dengan Hong Kong sebagai tindak balas kepada undang-undang keselamatan baru yang diperkenalkan China.

Sementara itu, pound sterling juga meningkat ke paras ketinggian lebih 4 bulan, didorong oleh US dolar yang lemah walaupun ketidakpastian mengenai Brexit dan prospek ekonomi UK masih menghantui dagangan matawang itu.

Euro juga kekal didagangkan mengukuh di paras ketinggian hampir 2 tahun berbanding USD meskipun ia kini diancam oleh risiko gelombang kedua Covid-19 di Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat