Rakyat Berada Dalam Ketakutan – Ini Situasi Terkini Penularan Covid-19 Di Itali!

1,552

Saban hari situasi jangkitan Covid-19 semakin meresahkan. Di kebanyakkan negara terutamanya di Itali, wabak Covid-19 tidak menunjukkan tanda-tanda utama bahawa penularan pandemik itu semakin berukurangan. Di Itali kini telah mencatat 10,000 kes kematian akibat jangkitan wabak Covid-19.

Itali merupakan negara yang paling teruk akibat penularan pandemik setakat ini di Eropah dengan jumlah kematian dan kes tertinggi. Itali telah dihimpit dengan masalah wabak Covid-19 sejak jangkitan pertama pada akhir bulan Februari sehingga menyebabkan negara Itali memeritahkan rakyatnya agar mengunci diri mereka di dalam rumah.

Menurut Perdana Menteri Itali,Giuseppe Conte, “Itali kini berada dalam fasa yang meresahkan”. Sebanyak 97,689 kes positif jangkitan Covid-19 yang merangkumi sebanyak 13,030 pesakit berjaya pulih daripada jangkitan tersebut. Namun angka kematian terus meningkat.Pada malam Ahad, sebanyak 10,779 kes kematian telah dicatat.

Tambah Conte, para pakar masih berhati-hati dan berusaha sebaik mungkin, akan tetapi Itali mungkin sudah sampai pada kemuncak.

Rakyat di bahagian selatan Itali semakin khuatir kerana terdapat potensi bahawa kes jangkitan boleh meningkat dengan marak. Vincenzo de Luca, gabenor wilayah selatan Campania, memberi amaran minggu lalu dalam satu surat kepada pemerintah bahawa “ada kemungkinan besar akan ada tragedi di selatan.”

Setakat ini dunia telah mencatat 734,931 kes jangkitan dan 35,349 kes kematian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat