Jangan Abaikan Kepentingan Trading Plan Yang Sangat Membantu!

624

Dalam artikel sebelum-sebelum ini, banyak dinyatakan mengenai trading plan. Apa benda trading plan ni sebenarnya?

Trading Plan adalah apa yang dirancang sebelum in-position. Sebelum masuk position kita wajib rancang apa yang nak ditrade.

Entry Price di mana, Take Profit berapa, StopLoss jangan lupa. Dan paling penting Risk Reward Ratio yang diambil adalah 1:2.

Semua ini mestilah dicatat dalam trading plan. Dan apabila memulakan trade, patuhi trading plan ini.

Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk mendisiplinkan diri dan mengelakkan daripada tercampur haduk setup.

Ramai trader mengabaikan trading plan dan terlupa setup-setup yang sepatutnya menjadi, tetapi semasa nak order, tak tahu nak letak di mana semuanya sebab tiada trading plan.

Dan bagi yang bekerja sepenuh masa, trade part time, lagilah trading plan ini sangat penting.

Trading Plan yang dibuat, bergantung kepada kreativiti masing-masing. Mungkin anda suka secara klasik iaitu pen dan kertas atau secara digital menggunakan Excel.

Apa yang perlu dilakukan adalah, catat tiap setup yang anda rasa kebarangkalian untuk untung tinggi bermula daripada timeframe yang besar kemudiannya tengok pergerakan harga dan catat paras-paras yang penting.

Apabila ternampak peluang, catat Entry Price, Take Profit, StopLoss dan RRR.

Lakukan ini setiap pagi dan petang terutama semasa melihat chart.

Nampak renyah kan? Tetapi apabila anda tiada alasan untuk berjaya maka anda sanggup buat apa saja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat