“Pelabur boleh la baca-baca dulu, tapi jangan lupa buat analisis sendiri juga tau.”
Harga raja mata wang kripto (BTC) berjaya melepasi $31,087 daripada $24,860 pada 23 Jun 2023 tetapi mula menyaksikan penurunan sehingga $25,159 pada penutup minggu lepas setelah membuat pergerakan mendatar dalam jangka agak panjang.
Rentetan itu, BTC yang pada masa ini masih berlegar-legar di paras $26,126 dijangka akan menyusut pada $24,651 kemudian $22,389 sekiranya harganya dapat tembus zon sokongan kuatnya pada $25,189.
Bagaimanapun, BTC mampu mencecah $29,020 dan $31,087 sejurus selepas harganya dapat menembusi lebih daripada zon rintangannya pada $26,659 susulan aset digital tersebut kerap kali sentuh paras itu sejak lima bulan lalu.
Manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula pada 16 Ogos 2023 didapati secara perlahan-lahan menjunam sehingga mencapai $1,552 tetapi melantun semula pada $1,684 dalam tempoh 24 jam lalu dengan mencatatkan keuntungan 0.99%.
Jadi di sini dapat dilihat harga ETH bakal melihat momentum mendatar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bergerak naik mahupun turun ekoran pemegangnya mungkin akan kekal berhati-hati antara julat $1,471 dan $1,227.
Namun perlu diketahui bahawa ETH dapat terjun sehingga $1,471 dan $1,227 jika harganya tidak mampu melepasi zon rintangan $1,816 yang dapat menjadi penentu untuk aset digital itu meneruskan lagi lonjakan pada $1,910 seterusnya $2,070.
Sementara itu, Ripple (XRP) nampaknya kini berada pada $0.53 sejurus selepas menjunam sehingga $0.42 iaitu paras pernah disentuhnya pada 16 Mei 2023 sebelum perlahan-lahan meneruskan kenaikan untuk mencapai $0.93 pada 13 Julai 2023.
Oleh demikian, XRP dijangka dapat menyusut lebih rendah antara harga $0.48 sehingga $0.39 sekiranya aset digital tersebut gagal mengekalkan kedudukannya di atas paras $0.50.
Sebaliknya, kebangkitan semula XRP mampu mendorong harganya naik semula untuk mencecah zon rintangan $0.58 atau lebih tinggi pada $0.69 kemudian boleh mencapai kembali $0.81, iaitu paras terakhir dilihat sekitar Julai 2023.