Ramalan Harga Emas XAU/USD: Data PMI Amerika Tumpuan Pelabur Emas

1,059

[Artikel Tajaan]

Laporan minit mesyuarat FOMC yang “Hawkish” telah menekan harga emas sejak sesi dagangan semalam, emas dicatatkan telah diniagakan tutup pada paras harga $2,378.

Laporan minit telah menunjukkan majoriti ahli komiti Fed telah bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah yang sedia ada, untuk satu tempoh yang lebih panjang.

Ia berikutan risiko inflasi dilihat masih lagi membimbangkan.

Walau bagaimanapun, permintaan emas terutamanya di sektor industri perindustrian dilihat masih kekal tinggi. Ia berikutan sekatan “semiconductor” yang telah diumumkan oleh presiden Amerika pada minggu lalu terhadap China.

Selain itu juga laporan pemain utama pembuatan industri cip iaitu Nvidia telah melonjak naik sebanyak 268 peratus pada pengeluaran laporan semalam, sekaligus menterjemahkan bahawa permintaan cip dilihat masih kekal tinggi.

Namun begitu, sentimen Hawkish FOMC dilihat masih lagi  kuat berlegar di dalam dagangan pasaran emas, oleh yang demikian pelabur dilihat akan menantikan laporan data ekonomi PMI Amerika yang dijadualkan pada malam ini di dalam mentarifkan semula laporan FOMC yang telah dilaporkan awal pagi tadi.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, paras harga $2,360 dilihat akan menjadi halangan utama sebelum harga emas terus didagangkan rendah ke paras $2,303.

Namun jika harga emas didagangkan tutup hari ini pada paras $2,360 dan berjaya dipertahankan, emas dijangka mampu mencabar semula paras harga $2,420 dan seterusnya ke paras $2,453 semula.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat