Ramalan Harga Emas XAU/USD: Tumpuan Utama Fed Powell

3,099

[Artikel Tajaan]

Pada hari ini pasaran emas menantikan ucapan rasmi oleh pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang dijadual akan berlangsung pada jam 12.00 tengah malam ini.

Sentimen terkini pasaran dagangan berpandangan bahawa FOMC Disember 2023 bakal menyaksikan kadar faedah akan dikekalkan dan pelaksanaan pemotongan kadar faedah akan berkuatkuasa seawal Mac 2024.

Sentimen ini turut disokong oleh bukti pengeluaran data “Personal Consumption Expenditure (PCE)” yang telah diterbitkan semalam di mana ia masih kekal berbanding Oktober 2023.

Data ini merupakan salah satu komponen utama petunjuk bacaan inflasi di Amerika.

Analisa Pasaran “Gold Futures”
Nilai “open interest” pada dagangan emas niaga hadapan dilihat telah menurun hampir sebanyak 8700 dagangan pada hari ini.

Penurunan jumlah dagangan dan nilai  “open interest” ini memberikan petunjuk awal dimana dagangan pasaran emas niaga hadapan masih kekal berpihak kepada “Uptrend”.

Penyusutan sebanyak 8700 kontrak berbanding jumlah keseluruhan 65000 menunjukkan dagangan bakal terus berlangsung sehingga ke paras harga $2,067.

Analisa Teknikal (Carta Harian)
Sebarang sentimen “Dovish” yang dikeluarkan oleh Fed Powell mampu menyokong harga emas di sekitar $2,080 selepas rintangan harga pada $2,052 berjaya dipecahkan.

Namun jika sebaliknya $2,022 bakal menjadi harga sokongan emas sementara sebelum terus menuju ke paras harga $2,022 – $2,012.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat