Rampasan Lebih $1 Bilion, DoJ Kini Pemilik Terbesar Bitcoin

1,642

Peminat matawang kripto nampaknya dihujani teka-teki, cuba mengagak senario seterusnya selepas Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat (AS) merampas sejumlah aset kripto Bitcoin (BTC) bernilai lebih $1 bilion pada minggu lepas.

Sedia maklum, tindakan undang-undang tersebut menjadi antara rampasan aset terbesar mewakili matawang kripto dalam sejarah DoJ.

Susulan daripada itu, pihak pentadbiran AS kini mengawal alamat BTC ke-5 terkaya dan ke-3 jika alamat yang dikawal platform pertukaran kripto dikecualikan.

Aset terkumpul dipercayai sebanyak 69,370 BTC bernilai $1,084,240,046.

Majoriti pemain berandaian aset rampasan itu mungkin sama ada akan dilelong oleh kerajaan atau mengganti, membuang, dan menghapuskan simpanan tersebut yang mana ketiga-tiga pilihan itu merupakan terbaik dalam pengurusan aset tersebut.

Binance Research dalam kenyataannya, tindakan DoJ sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pergerakan harga hari terakhir. Malah tidak mustahil juga pemilikan harta tersebut memberi impak kepada penutupan bekalan sehingga lelongan benar-benar berlaku sebaik sahaja kes ditutup.

Sehingga Jumaat lalu, BTC didagangkan pada $15,362, menyaksikan lonjakan sebanyak 8% dalam sehari dan 18% untuk seminggu.

Terdahulu industri kripto dikejutkan dengan pemindahan sebanyak 69,370 bitcoin yang dipercayai dari pasaran gelap, Silk Road buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Pemindahan tersebut dipercayai dilakukan oleh penggodam yang dikenali sebagai Individu X yang menggodam Silk Road, mencuri bitcoin dan dipindahkan ke beberapa wallets. Bagaimanapun, transaksi itu berjaya dijejak Chainalysis yang turut membantu dalam siasatan tersebut.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat