Aset Bitcoin Bernilai Lebih $1 Bilion Dari Akaun Silk Road Dirampas AS

450

Baru-baru ini industri kripto dikejutkan dengan pemindahan aset Bitcoin (BTC) sebanyak hampir 70,000 bitcoin dari akaun yang disyaki berkait rapat dengan pasaran haram, Silk Road.

Silk Road merupakan pasaran gelap dalam talian, melibatkan pelbagai jenis perniagaan termasuk dadah, kredit kad curi dan upahan pembunuhan.

Susulan daripada itu Department of Justice (DoJ) telah merampas aset tersebut bernilai lebih daripada $1 bilion, merangkumi aset BTC, Bitcoin Gold (BTG), Bitcoin SV (BSV), Bitcoin Cash (BCH) dari penggodam yang dikenali sebagai Individu X.

Menurut laporan, penjenayah terlibat berjaya menggodam Silk Road dan mencuri aset kripto. Pada Isnin, mereka bersetuju dengan jumlah dana tersebut, yang mana menjadi sebab pemindahan aset buat kali pertama sejak lima tahun lalu.

Jumlah aset bitcoin itu mencatatkan nilai terbesar dalam sejarah rampasan kripto pada hari ini.

Sebelum ini pada 2015, pernah direkodkan rampasan Bitcoin dari pelbagai wallet yang berhubung kait dengan Silk Road sebelum dilelong oleh kerajaan AS.

Bagaimanapun, kegiatan Silk Road berjaya ditumpaskan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada 2013 dan pengasasnya, Ross Ulbricht kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas jenayah penggubahan wang haram, penggodaman komputer dan melakukan konspirasi pengedaran narkotik.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat