“Ingatkan harga memecoin nak naik rupanya pergerakan lain yang dibuatnya.”
Didedahkan mata wang kripto Ethereum (ETH) bernilai $1.7 juta telah tersekat di bridge Shibarium apabila protokol penskalaan Layer-2 Shiba Inu (SHIB) dipanggil Shibarium yang paling ditunggu-tunggu telah dilancarkan.
Rentetan berita tersebut, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa penurunan harga SHIB baru-baru ini adalah susulan daripada kecairan itu.
Rantaian Shibarium mungkin akan berfungsi sebagai medium untuk penggunaan token bertemakan anjing seperti SHIB, Dogecoin (DOGE), Bone ShibaSwap (BONE), TREAT dan Doge Killer atau lebih dikenali sebagai LEASH.
Memang tidak dinafikan kebanyakan pelabur menjangkakan harga memecoin akan naik selepas pelancaran itu, tetapi situasi bertindak berbeza susulan SHIB dan TREAT jatuh lebih 10% manakala BONE termasuk LEASH masing-masing susut 17% serta 25% dalam masa 24 jam lalu.
Walaupun reaksi harga tersebut mengecewakan banyak wallet baharu yang menyertai rangakaian menjelang pelancaran Shibarium, pelabur SHIB sungguh percaya harganya akan pulih setelah pengguna rangkaian mula menyesuaikan diri dengan perubahan itu.
Namun perlu diingatkan bahawa mesej masih belum disahkan daripada Shytoshi, oleh itu kebimbangan telah tercetus di kalangan komuniti kripto yang berpandangan harga SHIB mustahil untuk naik tinggi daripada paras semasanya.
Selepas terjun sehingga $0.000007, SHIB kini pulih semula pada $0.000008 tetapi masih mencatatkan penyusutan 12.31% dalam tempoh 24 jam lepas dengan modal pasaran $4 bilion dan jatuh 18.07% sepanjang minggu lepas.