“Agaknya bila la harga XRP nak tembus $1?”
Pertempuran undang-undang antara Ripple dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) yang berpihak kepada aset digital tersebut telah memberi peluang kepada Ripple untuk terlibat semula dalam pasaran Amerika Syarikat (AS).
Syarikat pembayaran tersebut telah mengorak langkah untuk mengembangkan perkhidmatannya di United Kingdom (UK), Eropah, Singapura, Dubai dan Timur Tengah.
Hal ini kerana negara tersebut telah menyediakan rangka kerja dan panduan jelas kepada firma pengiriman wang pembayaran di mana ia akan menjadikan operasi dan pertumbuhan lebih mudah untuk Ripple.
Menurut Monica Long, Presiden Ripple menyatakan bahawa mereka bersedia untuk membuat kemunculan semula di AS sejurus selepas Hakim Analisa Torres memutuskan aset digital tersebut bukanlah sekuriti.
Memang tidak dinafikan Terraform Labs yang ingin lawan SEC melalui keputusan Summary Judgment Ripple telah mencetuskan spekulasi, tetapi Ripple mempunyai rancangan untuk menyertai pasaran AS termasuk bekerjasama dengan pemain utamanya.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa harga mata wang kripto diasaskan Ripple iaitu XRP dapat melonjak tinggi pada masa hadapan manakala penggunaan XRP Ledger (XRPL) juga mampu menyaksikan kenaikan ketara.
Suka dimaklumkan harga XRP boleh pulih sekiranya penggunaan dan utiliti token meningkat ditambah pula dengan kes penggunaan lebih luas untuk blok XRPL.
Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 2.73% pada paras $0.66 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $35 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan sekitar 71.4% sepanjang minggu lepas.