Rangkaian Hedera Digodam! Kripto HBAR Bakal Hancur?

217

“Harapnya harga tak ada la jatuh teruk sangat.”

Susulan dikejutkan dengan berita tentang rangkaian Hedera (HBAR) perlu menghentikan operasinya selepas menunjukkan aktiviti mencurigakan, komuniti kripto membuat spekulasi ia adalah eksploitasi berniat jahat atau serangan dirancang dan bukanlah masalah teknikal dalam sistem.

Hasport Network, iaitu penyelesaian cross-chain dibina di atas HBAR telah menamatkan bridge Hashport yang digunakan untuk memindahkan aset digital pada berbilang rangkaian sejurus selepas menyedari penyelewengan tersebut.

Pengguna aplikasi berasaskan HBAR yang juga melaporkan masalah itu telah diberi amaran mengelak daripada menggunakan rangkaian sepenuhnya untuk keselamatan dana sementara pasukannya memantau dan selesaikan isu itu.

Namun, dua perkhidmatan terbaik HBAR iaitu Hedera Token Service (HTS) dan Hedera Consensus Service (HCS) telah terkesan pada masa ini akibat daripada majoriti token yang dibina pada HBAR terdedah kepada eksploitasi.

Seterusnya, DEX utama seperti Pangolin berhasrat menarik balik semua token berasaskan HTS daripada platform itu apabila penggodam didapati menyasarkan proses menukar kod program (decompiling) dalam kontrak pintar rangkaian.

Manakala makmal Stader, platform staking terbesar HBAR telah berkata bahawa pengguna tidak dapat menarik balik HBAR staking mereka untuk sementara waktu sehingga isu itu diselesaikan.

Walaupun HBAR tidak terdedah kepada eksploitasi, token dibina menggunakan HTS adalah punca aset digital tersebut mungkin mengalami kejatuhan susulan kebanyakan pelabur akan mempersoalkan keselamatan rangkaiannya.

Setakat penulisan ini, harga HBAR tergelincir sebanyak 7.53% pada paras $0.05666 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $1 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat