Rangkaian Solana Semakin Meriah Dengan Projek Baharu, SOL Melonjak Hampir 12%

393

Solana (SOL) pamerkan prestasi yang luar biasa dalam 24 jam dengan lonjakan hampir 12% dalam 24 jam ketika harganya menyentuh paras $104.83 pada hari ini.

Rekod Solana menjadikan aset ini yang kedua melonjak dengan angka dua digit selepas Algorand (ALGO).

Apa yang berlaku?

  • Kerjasama rasmi antara pengeluar permainan video PUBG dengan Solana Labs dalam usaha untuk memperkenalkan permainan berasaskan blockchain.
  • Startup permainan Web3, Block Tackle mengumumkan permainan skateboarding yang berasaskan NFT di Solana.
  • Coinbase pula baru-baru ini telah menyenaraikan SOL dalam wallet sambungan enjin carian.
  • Penyelesaian sumbangan kripto, The Giving Block telah menyokong blockchain Solana di platformnya, membolehkan penderma menyumbang kepada 1,400 pertubuhan amal menggunakan SOL.
  • Syarikat pengurusan aset, Grayscale melancarkan dana altcoin tanpa Ethereum yang terdiri daripada 24% Solana pada minggu ini. (Selebihnya merangkumi: Cardano – 24%, dan koin-koin lain – 4%-16% setiap satunya).
  • Pertukaran desentralisasi (DEX) Solana, Orca baru sahaja mengumumkan ciri terbaharu, Whirpools beta, membolehkan pelabur mendapatkan pulangan kewangan yang tinggi.

Pun begitu, berdasarkan harga semasa SOL, aset ini masih perlukan lonjakan lebih 151% untuk menebus kembali nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $260.06 yang direkod pada 6 November 2021.

Prestasi SOL hari ini barangkali akan meneruskan lagi lonjakan 35% yang telah direkod sejak dua minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat