Rangsangan Fiskal dan Pembaharuan Cukai : 2 Tumpuan Utama dalam Ucapan Trump

67

US Dollar melonjak lebih tinggi pada Rabu apabila segelintir penggubal dasar Fed menjangkakan kenaikan kadar faedah akan dapat disaksikan dalam mesyuarat bulan Mac. Prospek ini meningkat mendadak hanya beberapa jam sebelum Trump dijadualkan menyampaikan ucapan kepada Kongres.

US Dollar meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 113.16 yen, manakala Euro jatuh sebanyak 0.1 peratus berbanding US Dollar $1.0565.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama kali terakhir dinilai meningkat sehingga 0.1 peratus kepada 101.48.

Presiden Fed New York, William Dudley yang juga merupakan antara yang paling berpengaruh di Bank Pusat AS mengatakan isu pengetatan dasar monetari ini telah menjadi semakin menarik.

Dalam masa yang sama, Presiden Fed San Francisco, John Williams mengatakan bahawa isu ini akan mendapat pertimbangan serius di dalam mesyuarat akan datang ini nanti demi mempercepatkan inflasi dan guna tenaga penuh.

Pasaran akan menanti dengan penuh debaran ucapan oleh Presiden Trump yang dijangka akan memberikan butiran lanjut mengenai dasar yang telah dijanjikan oleh beliau sebelum ini termasuklah pembaharuan cukai, perbelanjaan infrastruktur dan melonggarkan peraturan perniagaan.

Namun begitu, pelabur dikatakan akan terus berhati-hati kerana ucapan ini dikhuatiri akan mengecewakan pasaran.

Menurut Koji Fukaya, Presiden di FPG Securities di Tokyo, dua elemen penting yang akan menjadi tumpuan pelabur dalam ucapan Trump kali ini ialah rangsangan fiskal dan dasar cukai.

Sesi Asia Menyaksikan Minyak Mentah Memulakan Dagangan Menjunam

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat