Rapper Ini Terima DOGE Dalam Satu Transaksi Penuh Bersejarah

495

‘Fuhh beli sebuah pasukan guna mata wang kripto DOGE, transaksi terbesar dalam sejarah ni.’

Seorang rapper ikonik Amerika Syarikat (AS), O’Shea Jackson Sr atau lebih dikenali dengan nama Ice Cube dikatakan menerima mata wang kripto Dogecoin (DOGE) dalam 1 transaksi penuh ‘luar biasa dan bersejarah‘.

Dikatakan penerimaan DOGE yang dibuat oleh Ice Cube dipercayai berkait rapat dengan liga bola keranjang, BIG3 yang mana beliau merupakan pengasas bersama.

Bulan lalu, BIG3 telah melancarkan model pemilikan baharu untuk liga yang terdiri daripada penjualan kepentingan token dalam setiap 12 pasukan.

Difahamkan terdapat 1,000 non-fungible tokens (NFT) secara keseluruhan yang diperuntukkan kepada setiap pasukan, dengan 25 “Fire” NFT yang bernilai $25,000 dan 975 “Gold” NFT pada $5,000 setiap satu.

Sejurus itu, pengasas bersama wallet MyDoge, Bill Lee bertanya kepada Ice Cube dalam Twitter andai rapper itu menerima DOGE sebagai transaksi pembelian kepentingan token tersebut.

Ice Cube telah membalas dengan menyatakan bahawa beliau ‘berminat‘ untuk menerima DOGE tersebut sebagai transaksi.

Sungguhpun ia masih tidak dapat disahkan sejauh mana IceCube ‘meminta‘, BIG3 telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada hari yang sama untuk mengumumkan bahawa Lee telah membeli kesemua 25 Fire NFT untuk pasukan “Aliens” dengan menggunakan DOGE.

Dipercayai transaksi ‘luar biasa dan bersejarah‘ seperti yang diterangkan oleh Ice Cube bernilai $625,000 atau kira-kira 4.86 juta DOGE.

Selain itu, BIG3 turut menggelarnya sebagai ‘urus niaga komersial terbesar dalam sejarah‘ DOGE.

Fire NFT mewakili kelebihan pemilikan dan faedah utiliti yang lebih tinggi seperti pengurusan permainan, hak mengundi dan hak harta intelek/pelesenan untuk logo pasukan, nama serta barangan.

Selain itu, jika Fire NFT dijual oleh pemiliknya, individu tersebut akan mendapat potongan jualan sebanyak 40%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat