Rapper Snoop Dogg ‘Muncul’ Di Rangkaian Cardano!

402

Siri koleksi non-fungible token (NFT) yang menampilkan rapper Amerika Syarikat (AS), Snoop Dogg telah dilancarkan di rangkaian Cardano.

Pelancaran siri koleksi tersebut rupanya telah diumumkan sejak awal bulan ini dan ia melibatkan beberapa siri: koleksi ikonik, koleksi tanah maya, dan koleksi kandungan muzik.

Siri koleksi NFT merupakan hasil kerjasama antara Snoop Dogg dengan Clay Nation.

Selain rapper itu, Clay Nation turut bekerjasama dengan artis NFT, Champ Medici.

Siapa Clay Nation?

Clay Nation merupakan sebuah projek NFT yang menampilkan 10,000 karakter digital berasaskan tanah liat buatan tangan.

Mereka juga pernah berkolaborasi dengan kumpulan rock Amerika, Good Charlotte.

Projek ini dilancarkan di rangkaian Cardano dan kesemua karakter yang dihasilkan mengikut algoritma telah habis terjual pada 9 September 2021.

Peminat NFT boleh mendapatkan mana-mana projek Clay Nation di platform pasaran kedua: CNFT.io atau menerusi saluran Discord rasmi.

Buat masa sekarang, harga lantai bagi seunit NFT bernilai 40-50 ADA (RM160-RM200) dan termahal pula mencecah sekitar 20,000-106,000 ADA (RM80,000-RM427,000).

Sedar tidak sedar, Cardano berjaya hasilkan lebih 4 juta token natif berdasarkan hampir 50,000 polisi penghasilan (minting).

Pada masa yang sama, lebih 4 juta NFT dan token bukan ADA berada dalam ekosistem Cardano.

Ketika penulisan, ADA mencatatkan penyusutan mendadak dengan rekod hampir 7% dalam 24 jam, didagangkan pada $0.95 (RM4.02) seunit.

Nampaknya, pelancaran NFT Snoop Dogg sukar melonjakkan harga ADA.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat