Rasai Pengalaman Pahit, Donald Trump Rugi $3 Juta Dalam Kripto!

642

“Semua orang pernah mengalami kerugian, jadi Trump jangan la malu pula ye.”

Donald Trump, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru-baru ini pro-mata wang kripto telah mengalami kerugian lebih $3 juta daripada $8.5 juta kepada $5.3 juta dalam portfolionya akibat daripada penurunan harga Ethereum (ETH) dan TRUMP pada bulan sebelumnya.

Memang tidak dinafikan Trump sepanjang tahun lalu Trump telah menjana berjuta-juta dolar Amerika Syarikat (AS) dalam aset digital, tetapi portfolio beliau malangnya berubah-ubah disebabkan peningkatan volatile dalam pasaran kripto.

Pegangan kripto Trump bermula melalui pengenalan Kad Perdagangan Digital Trump di mana jualan 45,000 non-fungible token (NFT) pada Disember 2022 pada harga $99 setia satu telah menyebabkan beliau menerima royalti daripada jumlah dagangan termasuk 1,800 ETH dan WETH.

Sehari kemudian selepas pelancarannya, kesemua kad tersebut yang berharga $99 telah terjual kemudian Trump dan rakan perniagaannya NFT INC LLC pada April 2023 bertindak melancarkan pula batch kedua dah turut habis dijual sepenuhnya.

Dilaporkan bahawa Trump bukan sahaja mengumpul lebih $8.9 juta melalui jualan tersebut malah menerima $298,000 dalam yuran pelesenan daripada urus niaganya dan perlu diketahui CIC Digital yang bertanggungjawab mengutip yuran pelesenan kini memegan wallet beliau.

Jadi di sini dapat dilihat Trump yang pro-kripto telah memastikan pengundi aset digital berminat dengan polisinya, tetapi perdagangan berkaitannya sahaja tidak mencukupi untuk memujuk pengundi kripto yang berjumlah agak banyak.

Berdasarkan data tinjauan dari Coinbase dan Morning Consult Forbes, 22% responden yang memiliki Bitcoin (BTC) telah dikenal pasti sebagai Demokrat manakala 18% sebagai Republikan dan 22% sebagai Bebas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat