Rasmi: Binance Hadkan Penawaran Produk Di Malaysia!

4,180

Dalam berhadapan pelbagai asakan daripada pihak berkuasa di pelbagai negara, Binance akhirnya terpaksa akur untuk memenuhi peraturan tempatan. Sebelum ini Binance telah mendapat tekanan dari negara-negara Eropah, Korea Selata dan terkini dari Malaysia.

Pada hari ini, Binance secara rasmi membuat mengumumkan di laman sesawang mereka yang menghadkan hampir semua perhidmatan tempatan di Malaysia dan juga Korea Selatan. Pengumuman ini hadir selepas beberapa minggu Suruhanjaya Sekuriti (SC) memberikan notis awal.

Keputusan ini diambil oleh Binance bagi memenuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Dalam pengumuman terkini, Binance telah berhenti menawarkan perdagangan kripto dengan pair MYR dan menghentikan perkhidmatan deposit ringgit Malaysia. Maka kredit kad/ bank transfer adalah tidak boleh digunakan.

Dalam masa yang sama, permohonan menjadi pedagang P2P turut dihentikan. Binance menekankan bahawa,”tujuan kami adalah untuk menjadikan ekosistem yang berterusan dalam teknologi blockchain dan aset kripto”.

Binance turut mengalu-alukan sebarang perkembangan dalam peraturan kripto dan sedia memberi kerjasama. Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan notis awal yang memberikan tempoh 14 hari untuk melaksanakan perkara-perkara yang sepatutnya.

Untuk pengetahuan semua, undang-undang yang dikuatkuasakan menghendaki platform pertukaran matawang kripto untuk mendaftar sebagai Pertukaran Aset Digital dengan SC. Selepas pemfailan awal, mereka mendapati bahawa ianya mengambil masa hingga 9 bulan untuk memenuhi standard peraturan SC.

Setakat ini, selain 3 perkara di atas masih belum ada pengumuman rasmi. Sehingga kini hanya 3 platform pertukaran matawang kripto yang memperoleh kelulusan dan kebenaran oleh SC iaitu Luno, Sinegy dan Tokenize.

Jika anda keliru, tak tahu nak buat apa. Boleh tonton video di bawah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat