Raydium, berperanan sebagai pembuat pasaran automatik (AMM) dan penyedia kecairan yang dibina di atas blockchain Solana untuk pertukaran desentralisasi (DEX) Serum.
Mula dibangunkan pada tahun 2017, AlphaRay merupakan pemimpin keseluruhan strategi, operasi, arah produk dan pembangunan perniagaan untuk Raydium.
Raydium menawarkan beberapa kelebihan utama, salah satunya adalah dengan memanfaatkan kecekapan blockchain Solana untuk mencapai urus niaga lebih cepat daripada Ethereum.
Mula tersenarai di Binance pada 10 Ogos 2021 dan telah menghasilkan lonjakan yang konsisten lebih 360% mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru $17.80 pada 28 Ogos 2021.
Kini Raydium memiliki permodalan pasaran lebih $766 juta dengan jumlah dagangan lebih $152 juta dalam tempoh 24 jam.
Lebih menarik perhatian, Raydium berjaya mendaki kedudukan carta ke-107 dalam pasaran kripto.
Seterusnya, jom lihat carta pergerakan semasa harga RAY/USDT.
Dapat diperhatikan RAY telah menghasilkan hampir 70% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $16.95 pada sesi dagangan bulan September.
Setelah itu, RAY tidak dapat mengekalkan pergerakan harga yang konsisten sehingga menyusut kembali ke paras terendah $10.78 pada sesi dagangan hari ini.
Penyusutan tersebut telah dipengaruhi oleh pergerakan harga Bitcoin yang sedang dilanda lautan merah.
Untuk jangkaan seterusnya, sekiranya RAY kekal dengan trend penurunan, zon suppport $10.50 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.
Zon tersebut juga bakal menjadi pemerhatian seterusnya oleh para pelabur.
Manakala, sekiranya RAY kembali menunjukkan trend kenaikan, zon SBR (support become resistance) $12.50 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.
Sewaktu penulisan, RAY didagangkan pada paras harga $11 susut lebih 15% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta harga RAY/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.