Rayuan Serba Dinamik Ditolak, Rahsia Bakal Terbongkar?

370

Dah boleh mula paparkan credit roll untuk drama ni ke?

Rayuan Serba Dinamik untuk penangguhan perintah mahkamah (stay of the court’s order) mengenai perintah mendedahkan kemas kini fakta (FFU) di tolak oleh Mahkamah Tinggi.

Pesuruhjaya Kehakiman, Wan Muhammad Amin Wan Yahya telah membuat keputusan untuk menolak rayuan tersebut dengan berpendapat fakta itu perlu didedahkan kerana ia melibatkan kepentingan awam seperti pelabur dan pemegang saham, namun tidak menyatakan tarikh akhir Serba Dinamik perlu membuat sedemikian.

Ekoran daripada itu, Serba Dinamik difahamkan boleh menggunakan haknya untuk merayu terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Sebagai recap, Serba Dinamik perlu mendedahkan FFU yang dibuat oleh juruaudit bebas, EY Consulting yang dilantiknya bagi akuan kewangan 12 bulan berakhir 31 Disember 2020 atas arahan Mahkamah Tinggi, namun, syarikat tersebut telah menolak dengan menulis secara rasmi untuk memohon penangguhan keputusan tersebut.

Dalam pada itu, Datuk Loh Siew Cheang, peguam kanan yang mewakili Bursa, menyatakan Serba Dinamik yang perlu perlu memberi kemas kini bertulis 2 kali seminggu kepada Bursa, tetapi Serba Dinamik masih tidak berbuat sedemikian.

Ekoran daripada itu pada 7 Febuari, makhamah telah memutuskan untuk memberi kuasa kepada Bursa Malaysia bagi memfailkan permohonan terhadap Serba Dinamik.

Hasilnya, pada 8 Febuari lalu Serba Dinamik telah mendedahkan sedikit FFU dalam pemfailannya di Bursa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat