RBA Jangka Ekonomi Lembap Dengan Ketara Ketika Inflasi Meningkat

110

Bank pusat Australia memberi amaran bahawa inflasi kini menuju paras tertinggi 30 tahun yang memerlukan kenaikan kadar faedah yang akan memperlahankan pertumbuhan secara mendadak.

Dalam penyata dasar monetari suku tahunannya yang diterbitkan pada Jumaat, Reserve Bank of Australia (RBA) telah meningkatkan unjuran inflasi, menurunkan jangkaan pertumbuhan dan meramalkan peningkatan dalam pengangguran.

Menurut RBA, inflasi keseluruhan dilihat mencecah 7.75% menjelang akhir tahun ini dan tidak dijangka akan kembali ke sasaran 2-3% sehingga penghujung tahun 2024, menunjukkan tempoh tekanan harga yang berpanjangan di hadapan.

Susulan itu, ia memperlihatkan laluan untuk mencapai keseimbangan ini adalah sempit dan tertakluk kepada ketidakpastian yang ketara.

Selain itu, RBA juga meramalkan ekonomi berkembang 3.25% pada tahun ini yang disokong oleh perbelanjaan pengguna dan pemulihan dalam perkhidmatan eksport.

Namun, ia dilihat kembali perlahan kepada 1.75% dalam setiap dua tahun berikutnya apabila kos pinjaman yang lebih tinggi mula memberi kesan kepada pertumbuhan.

Bank pusat itu telah menaikkan kadar faedahnya untuk empat bulan berturut-turut, membawanya kepada paras tertinggi tujuh tahun pada 1.85%.

RBA menjangkakan untuk mengambil langkah selanjutnya dalam proses menormalkan dasar monetari dalam beberapa bulan akan datang tetapi ia adalah bergantung kepada data yang akan dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat