Reserve Bank of Australia (RBA) sekali lagi menepati jangkaan pasaran dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi terbaharunya.
Dengan kenaikan setengah mata asas kali kedua berturut-turut, ini menjadikan kadar faedah Australia meningkat kepada 1.85%.
Gabenor Philip Lowe berkata peningkatan kadar faedah sebelum ini diperlukan untuk menurunkankan inflasi serta mewujudkan keseimbangan permintaan dan penawaran lebih mampan dalam ekonomi Australia.
RBA turut komited untuk melakukan pengetatan lanjut tetapi ia tidak berada pada ‘laluan yang telah ditetapkan’, kerana saiz dan masa kadar faedah akan dipacu oleh data yang masuk.
Tambahan daripada itu, ia juga bergantung kepada penilaian pembuat dasar terhadap inflasi dan pasaran buruh.
Bank pusat itu kini meramalkan inflasi pengguna Australia untuk tahun 2022 adalah sekitar 7.75% dan sedikit di atas 4% pada 2023. Sementara unjuran pertumbuhan diturunkan kepada 3.25% pada 2022 dan 1.75% pada 2023.
Secara keseluruhannya, RBA dilihat akan mula memperlahankan kenaikan kadar susulan kenyataannya mengenai pembuat dasar tidak berada pada laluan yang telah ditetapkan dan perubahan akan tertakluk kepada data.
Selain itu, bank pusat itu juga telah menggugurkan rujukan sebelumnya untuk menghapuskan rangsangan ‘luar biasa’ dalam kenyataan dasar terbaharunya.
Hal ini menyebabkan dolar Aussie menjunam lebih rendah daripada paras tertinggi satu bulan yang dicapainya pada Isnin berbanding US dolar.