RBA Penyebab Penurunan AUD, Brexit Masih Menjadi Punca Kemerosotan GBP.

431

Pasaran Asia hari ini bermula dengan baik selepas Wall Street ditutup positif kerana kebimbangan mengenai pertumbuhan global berkurangan disebabkan data aktiviti kilang yang lebih kuat daripada jangkaan di China dan Amerika Syarikat dan keyakinan yang tinggi pelabur terhadap rundingan perdagangan antara AS dan China.

AUD mengukuhkan nilai dagangannya apabila bilangan kelulusan kediaman di Australia meningkat sebanyak 19.1% pada bulan Februari 2019, dengan mudah menewaskan anggaran pasaran untuk penurunan sebanyak 1.0%. Ini merupakan kenaikan bulan kedua berturut-turut dalam permit bangunan serta terpantas sejak September 2013.

Tidak lama selepas itu, Aussie kembali goyah sebaik sahaja kenyataan RBA dikeluarkan. Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedahnya pada paras 1.50% pada mesyuarat April seperti jangkaan pasaran, memanjangkan rekod tanpa perubahan dalam dasar monetari untuk bulan ke-32. Para penggubal dasar berpendapat bahawa dalam jangka terdekat, inflasi dijangka menurun disebabkan harga minyak yang rendah pada awal tahun ini.

Pembukaan pasaran Eropah hari ini disajikan dengan data dari Switzerland iaitu kadar inflasi. Kadar inflasi Switzerland meningkat kepada 0.7% pada Mac 2019 dari paras terendah 11 bulan iaitu 0.6% pada bulan sebelumnya dan menewaskan jangkaan pasaran pada 0.6%. Ini adalah kadar inflasi tertinggi sejak Disember tahun lepas.

Pound Sterling menyambung kemerosotannya terhadap USD pada awal dagangan Eropah selepas Parlimen Britain gagal meluluskan kesemua empat alternatif Brexit untuk kali ke-2 pada petang Isnin.

Bukan itu sahaja, GBP juga ditekan oleh data domestik yang dikeluarkan pada jam 4:30 sebentar tadi. Data pembinaan UK PMI hadir pada 49.7 mata pada Mac 2019, sedikit berubah daripada 49.5 pada bulan sebelumnya dan berbanding jangkaan pasaran sebanyak 49.8.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat