RBA Tepati Jangkaan, Kenyataan Hawkish Lonjakkan AUD!

120

Reserve Bank of Australia (RBA) bersetuju meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat dasar pertamanya untuk tahun ini.

Ia menepati jangkaan pasaran secara meluas dan membawa kadar tunai rasmi (OCR) kepada 3.35% setelah sembilan kenaikan berturut-turut dilaksanakan.

Pada masa yang sama, kenyataan susulan daripada Gabenor RBA Philip Lowe yang bernada hawkish turut mencuri perhatian pelabur pada sesi Asia.

  • Inflasi dijangka menurun tahun ini disebabkan permintaan lebih perlahan pada peringkat global dan dalam negeri.
  • Penggubal dasar menjangkakan peningkatan selanjutnya dalam kadar faedah.
  • Pertumbuhan upah terus meningkat dan peningkatan selanjutnya dijangka disebabkan pasaran buruh yang ketat dan inflasi lebih tinggi.
  • RBA tegaskan pendirian untuk kembalikan inflasi kepada sasaran 2%.
  • Inflasi dijangka menurun kepada 4.45% tahun ini dan sekitar 3% menjelang pertengahan tahun 2025.
  • KDNK diramalkan perlahan sekitar 1.5% pada tahun 2023 dan 2024.
  • Peluang untuk mengelak daripada kemelesetan masih kecil.

Kenyataan hawkish daripada RBA sememangnya sudah dijangka, lebih-lebih lagi setelah diperlihatkan dengan data inflasi yang melonjak ke paras tertinggi terbaru 33 tahun pada suku keempat.

Susulan daripada keputusan itu, dolar Aussie melonjak 0.8% untuk didagangkan sekitar harga 0.6940 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat