RBNZ Tidak Tergugat Dengan Varian Omicron?

179

Ketua Pakar Ekonomi Bank Pusat New Zealand (RBNZ), Yuong Ha memberitahu bahawa ancaman terbaru daripada varian coronavirus Omicron tidak mungkin mengubah rancangan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat.

Dalam satu temubual bersama Wall Street Journal (WSJ), beliau mengatakan RBNZ akan menaikkan kadar walaupun varian tersebut telah diketahui sebelum penyata polisi bank pusat.

Situasi semasa adalah berbeza daripada bulan Ogos, apabila RBNZ telah menangguhkan kenaikan kadar disebabkan oleh wabak varian Delta yang menyerang negara itu dan polisi sifar kes Covid-19.

Namun, bank pusat kini telah beralih kepada rangka kerja perlindungan coronavirus yang baharu, di mana mereka akan membiasakan diri dengan menganggap Covid-19 sebagai endemik.

Walaupun begitu, Yuong Ha mengatakan ternyata Omricon membawa ancaman besar, bank pusat mungkin akan mengambil langkah untuk menghentikan kenaikan kadar buat seketika.

Varian Omricon Covid-19 perlu mempunyai kesan ekonomi yang besar untuk menghalang RBNZ daripada terus menaikkan kadar faedah, tambahnya.

Meskipun kenyataan ini dilihat positif untuk dolar New Zealand, tetapi mata wang sensitif risiko itu gagal memanfaatkannya dengan terus didagangkan mendatar di sekitar paras terendah hampir 3 bulan berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat