Menjadi tumpuan utama pada sesi New York semalam adalah terbitan data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) untuk bulan April yang telah mengundang reaksi menarik pasaran.
Dijangka kekal di paras 5.0%, kadar inflasi tahunan AS sedikit rendah pada 4.9% menandakan penurunan inflasi 10 bulan berturut-turut ke paras paling rendah sejak April 2021.
Ini telah memberi kesan penyusutan awal US dolar sebaik sahaja laporan data diterbitkan, namun kembali pulih semula menuju dagangan penutup sesi New York.
Menuju mesyuarat polisi seterusnya, pasaran melihat unjuran lebih jelas untuk Federal Reserve (Fed) semakin menuju ke arah pelonggaran dasar monetari selepas bacaan inflasi yang semakin menurun.
Namun, perlu diteliti lagi data-data yang akan diterbitkan selepas ini berikutan laporan pekerjaan NFP yang positif minggu lalu masih membuka ruang untuk pengetatan dasar boleh diteruskan lagi oleh Fed.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-inflasi-turun-apa-reaksi-matawang-115
Menilai pergerakan harga pada carta EUR/USD semalam, berlaku lonjakan harga ketika reaksi awal terhadap data diterbitkan namun pergerakan tidak begitu drastik dengan momentum yang agak terhad.
Pada mulanya harga yang berada di paras sokongan 1.09500 telah melonjak hingga mencapai semula paras tumpuan 1.10000 susulan penyusutan awal US dolar.
Namun, harga melantun turun semula dari paras 1.10000 tersebut sebelum akhirnya menutup dagangan penghujung sesi sedikit rendah.
Menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis), harga berlegar perlahan di bawah paras 1.10000 namun berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat untuk pergerakan bullish.
Harga perlu membuat kenaikan melepasi 1.10000 sebelum pelabur boleh menjangkakan kenaikan lebih tinggi akan diteruskan harga dengan unjuran US dolar bakal melemah sehingga ke penghujung minggu.
Kenaikan bakal menuju semula zon rintangan pada 1.10800 dan jika berjaya tembus lebih tinggi, harga akan catatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran seterusnya adalah pada 1.12000.
Namun jika situasi berubah menuju penghujung minggu ini, harga yang menjunam dari zon 1.10000 bakal ke zon sokongan 1.09000.
Sekiranya zon ini gagal membendung kejatuhan lebih parah harga, paras tumpuan pada 1.08000 berkemungkinan mampu dicecah semula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG