Reaksi Pelabur Bercampur Baur, Ekonomi UK OK Ke K.O?

324

Menjadi tumpuan utama pasaran pada sesi Eropah adalah terbitan data dari UK yang menunjukkan anggaran awal pertumbuhan ekonomi pada bulan Disember dan suku keempat 2021.

Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK berkembang sebanyak 1% dalam tiga bulan terakhir 2021, sama seperti kenaikan yang disemak semula pada tempoh sebelumnya.

Namun, angka dicatatkan tersasar sedikit daripada ramalan pasaran untuk pertumbuhan sebanyak 1.1%.

Selain itu, data daripada ONS juga menunjukkan ekonomi UK menguncup sebanyak 0.2% pada bulan Disember setelah lonjakan 0.9% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Angka yang direkodkan bagaimanapun lebih baik dari jangkaan untuk menurun 0.6%.

Secara keseluruhannya, ekonomi UK dianggarkan berkembang sebanyak 7.5% pada bulan tahun 2021 berbanding penguncupan 9.4% pada 2020.

Ini menunjukkan pemulihan yang lebih kukuh di Britain setelah dibantu oleh berbilion pound bantuan kerajaan untuk menyokong pekerjaan dan firma disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda.

Reaksi awal dari mata wang pound menunjukkan penyusutan sebelum kembali melonjak pada sesi Eropah dengan diniagakan stabil pada sekitar harga 1.3560 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat