Rekod Ketinggian Sepanjang Masa, Emas Cecah $2,030 Per Auns!

716

Pengukuhan dagangan emas terus dikekalkan setelah logam kuning itu akhirnya berjaya menembusi paras harga $2,000 berikutan kelemahan US dolar dan ketidaktentuan dalam prospek pemulihan global yang diburukkan lagi oleh ketegangan geopolitik.

Sesi Asia hari ini menyaksikan logam berharga itu meningkat ke $2,030 per auns sebelum susut untuk diniagakan di sekitar harga $2,011 per auns (10.15 pagi waktu Malaysia). Niaga hadapan emas pula kukuh pada $2,017 per auns.

Dolar greenback meneruskan penurunannya ketika pelabur menumpukan perhatian mereka terhadap Kongres AS yang masih dalam perbincangan mengenai pakej rangsangan Covid-19 baru.

Tekanan semakin meningkat berikutan kebimbangan bahawa kedua-dua pihak mungkin tidak dapat mencapai kesepakatan minggu ini. Namun, kenyataan Pemimpin Senat Demokrat Chuck Schumer bahawa rundingan itu kini bergerak ke arah yang betul telah mengangkat harapan untuk pakej itu diluluskan.

Emas, yang telah meningkat lebih 33% setakat ini, cenderung mendapat manfaat daripada langkah rangsanganyang dipertingkatkan dan penurunan kadar faedah oleh bank pusat di seluruh dunia.

Rangsangan oleh bank pusat telah mendorong hasil bon AS yang disesuaikan dengan inflasi ke paras terendah, menjadikan logam berharga emas lebih menarik dan matawang US dolar pula melemah.

Sementara itu, pertikaian antara AS dan China terus diburukkan lagi oleh tekanan daripada Presiden Donald Trump yang menggesa pemilik TikTok, ByteDance untuk menjualnya kepada Microsoft.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat