Remdesivir Pamer Impak Positif, Korea Selatan Mahu Tambah Bekalan!

376

Menurut sebuah laporan, Korea Selatan mula menggunakan Remdesivir yang kebiasaannya digunakan untuk Ebola sebagai penawar untuk penyakit COVID-19. Persoalannya, adakah ia benar-benar berkesan?

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) mendedahkan bahawa ubat yang dibangunkan oleh syarikat farmasi terkemuka Amerika Syarikat, Gilead Sciences Inc akan digunakan untuk pesakit Covid-19 yang bergejala kritikal. Contohnya, pesakit Coronavirus dengan gejala pneumonia yang memerlukan rawatan oksigen, seperti oksigenasi membran extracorporeal (ECMO) akan diberikan ubat tersebut.

Pada bulan lalu, Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah dan pegawai keselamatan ubat-ubatan Korea Selatan telah meluluskan penggunaan remdesivir sebagai ubat rawatan untuk Covid-19.

Selain itu, ubat tersebut telah disumbangkan oleh Gilead Science dan Korea Selatan merancang untuk memulakan perbincangan bagi membeli lebih banyak bekalan pada bulan hadapan dengan perincian jumlah dan harga yang diimport yang tidak akan didedahkan.

Pada Isnin yang lalu, Gilead Sciences telah mengumumkan bahawa penjualan remdesivir adalah pada harga $ 390 dolar untuk setiap botol dikhususkan kepada pembelian langsung oleh kerajaan Amerika Syarikat dengan negara maju yang lain.

Untuk pengetahuan semua, Remdesivir adalah ubat pertama yang terbukti memberi kesan terapeutik terhadap pesakit Covid-19. Di samping itu, ianya didakwa tidak akan mengakibatkan kesan sampingan kepada para pesakit. Bukan itu sahaja! Data awal menunjukkan bahawa pesakit yang menerima remdesivir mempunyai masa pemulihan 31% lebih cepat daripada pesakit yang menerima placebo.

 

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat