Rileks, Keadaan Di Top Glove Masih Terkawal!

326

Harga saham Top Glove Corporation Bhd didakwa meningkat pada sesi dagangan awal, iaitu dengan peningkatan satu sen kepada RM8.31 walaupun terdapat laporan bahawa 17 pekerjanya telah disahkan positif Covid-19.

Di samping itu, pada pukul 11.00 pagi, sejumlah 16.20 juta saham telah bertukar tangan.

Menurut Top Glove, jumlah pekerja yang telah disahkan positif Covid-19 sejak Januari 2020, kurang daripada 0.1% daripada jumlah kumpulan pekerjanya iaitu seramai  21,000 orang, dan mereka tidak mengalami sebarang gejala mahupun demam.

Manakala CGS-CIMB Research mengatakan bahawa mereka menjangkakan kesan minimum terhadap ramalan pendapatan per saham tahun 2021-2023 Top Glove, sementara menunggu perkembangan selanjutnya mengenai berita tersebut.

Namun begitu, syarikat tersebut tidak meramalkan situasi yang bertambah buruk seperti peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan para pekerja. Jika ianya berlaku, terdapat kemungkinan bahawa akan berlaku gangguan terhadap operasi syarikat berkenaan di Klang, Selangor

Selain itu, pusat penyelidikan itu mengatakan bahawa mereka menganggarkan jumlah kilang kapasiti Top Glove di Klang menyumbang sehingga 50% daripada jumlah kapasiti pengeluaran semasa kumpulan iaitu 90 bilion keping setahun.

Sementara itu, Top Glove menerima permintaan sarung tangan yang lebih tinggi kerana penularan wabak pandemik Covid-19, memandangkan kedudukannya sebagai pembuat sarung tangan terbesar di dunia.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat