Rimas Dianggap Warganegara China, Taiwan Tukar Pasport Baru Bermula 2021

434

Pemerintahan Taiwan rimas kerana sering disalah anggap sebagai sebahagian wilayah China, termasuk usaha Beijing untuk merampas kedaulatan negara itu, mendorong pulau itu untuk mengubahsuai pasport mereka.

Keputusan yang diambil bertujuan untuk menonjolkan lagi nama pulau itu sekaligus melenyapkan status Taiwan yang selama ini dianggap berada di bawah pentadbiran China.

Untuk pengetahuan, China masih percaya Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya dan mengaku mempunyai hak mewakili pulau itu pada peringkat antarabangsa, terutama di World Health Organization (WHO) telah menimbulkan kekeliruan seluruh dunia.

Susulan daripada itu, rakyat Taiwan terutama pelancongnya berhadapan kesukaran untuk memasuki ke negara lain sepanjang pandemik COVID-19.

Lebih mengelirukan kerana pasport mereka jelas terpamer “Republic of China” – nama rasminya yang ditulis dalam karakter Inggeris pada bahagian atas dan “Taiwan” pada bahagian bawah, bersaiz sederhana kecil.

Dilaporkan pasport baharu akan mula diedarkan pada Januari 2021 tanpa ada lagi “Republic of China” dalam karakter Inggeris walaupun nama rasmi itu di dalam karakter Cina dikekalkan. Manakala saiz perkataan “Taiwan” akan dibesarkan berbanding saiz terkini.

Sebenarnya, Taiwan sudah lama mempersoalkan hubungan mereka bersama China – termasuk penggunaan nama pulau itu. Namun, pandemik yang menyerang seluruh dunia menyebabkan isu tersebut tenggelam dan memaksa Taiwan mendiamkan diri.

Lebih mengejutkan kerajaan pulau itu juga dalam pertimbangan untuk mengubah nama atau paling kurang, tidak lagi menggunakan nama China Airlines bagi pengangkutan udara terbesar Taiwan untuk mengelakkan kekeliruan dengan China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat