Ringgit melanjutkan keuntungannya pada awal minggu hasil sokongan keyakinan terhadap prospek domestik Malaysia yang mengimbangi kebimbangan mengenai arah kadar faedah AS.
Pada jam 10.00 pagi, ringgit berada paras 4.4620 iaitu kukuh 0.13% berbanding USD daripada ditutup 4.4715 pada hari Jumaat minggu lepas.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam berkata data ekonomi suku ketiga Malaysia menunjukkan ekonomi berada di landasan pertumbuhan lebih kukuh tahun ini.
Katanya lagi, kestabilan politik yang tidak berbelah bahagi dalam meningkatkan pembaharuan daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.
Sementara itu, pasaran terus berhati-hati tentang dasar Donald Trump untuk pemotongan cukai dan penetapan tarif yang ketara.
Agenda tersebut mampu meningkatkan inflasi serta menggugat laluan pelonggaran dasar Fed pada minggu lalu.
Beliau meramalkan dagangan USD/MYR dalam julat sempit di saat pasaran mengharungi ketidaktentuan sehingga Presiden AS secara rasmi mentadbir pada 20 Januari 2025.
Pada hari Jumaat, gabenor Bank Negara Malaysia Abdul Rasheed Ghaffour mengumumkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 5.3% untuk suku ketiga.
Walau bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6368/5.6494 daripada 5.6573/5.6656 pada penutup Jumaat dan meningkat berbanding euro kepada 4.7066/4.7171 daripada 4.7224/4.7292.
Namun, ia lemah berbanding yen Jepun kepada 2.8936/2.9003 daripada 2.8774/2.8818.
Unit tempatan menunjukkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Ia mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.63 daripada 7.61/7.63, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 281.4/282.2 daripada 281.6/282.2, dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3284/3.3361 daripada 3.3330/3.3381.
Sebaliknya, ia susut berbanding baht Thailand kepada 12.8383/12.8789 daripada 12.8307/12.8541. – Bernama