Ringgit Buat ‘Comeback’? Data CPI AS Kecewakan Dolar AS

834

Pagi ini, Ringgit Malaysia (RM) dilihat kembali mengalami pengukuhan kepada 4.6550/6600 berbanding semalam iaitu 4.7165/7210 susulan turut mendapat tempias pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam.

Data indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS untuk bulan Oktober catat 3.2% menurun dari paras 3.7% yang dicatatkan pada September, telah memberi kesan kejatuhan nilai yang ketara kepada dolar AS.

Namun data dilihat tidak memberi impak yang ketara terhadap pergerakan harga minyak mentah global. Sementara harga emas memanfaatkan situasi untuk kembali melonjak semula.

Menurut Ketua Penyelidik TA Securities, Kaladher Govindan berkata bahawa penurunan harga minyak baru-baru ini kepada $82 per tong pada 9 November telah mengakibatkan mata wang tempatan melemah, sejajar korelasi biasa antara kedua-duanya.

Govindan berkata, penurunan ini menekankan usaha dan campur tangan berterusan BNM memainkan peranan penting dalam bentuk dinamik semasa ringgit. Ringgit dijangka mencatat peningkatan beransur-ansur daripada paras semasa.

Perubahan ketara daripada RM4.73 kepada RM4.63 dalam sehari menunjukkan momentum mengukuh untuk mata wang tempatan. Ia berpotensi menstabil antara RM4.60 dan RM4.50.

Bukan itu sahaja, pasaran Asia juga menunjukkan lonjakan pada saham, aset berisiko dan sentimen pelabur selepas data inflasi AS diterbitkan. Ia turut mencetuskan tanggapan ‘soft landing’ oleh bank pusat AS yang berpotensi untuk terus mengekalkan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat