Ringgit Dijangka kukuh Hingga Penghujung Tahun 2023?

564

Selepas data inflasi AS semalam, Ringgit Malaysia (RM) dilihat mengukuh sekejap dengan naik kepada 4.6573 berbanding AS Dollar. Pagi ini, ia dilihat kembali mengalami penurunan kepada 4.6950.

Walau bagaimanapun, ini merupakan petanda bahawa nilai ringgit akan terus mengukuh berbanding mata wang asia lain. Menurut data Reuters, mata wang ringgit dan Rupiah Indonesia mengalami pengukuhan pada peringkat serantau.

Ringgit naik kepada nilai 4.663 dan Rupiah pula naik kepada 15475.000 berbanding AS Dollar berdasarkan nilai dagangan terakhir.

Manakala, dolar Singapura mengalami penurunan sedikit iaitu dengan perbezaan 0.04 kepada 1.349 dan Baht Thailand pula turun 0.02 iaitu kepada 35.498.

Menurut Mohd Afzanizam, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat berkata data inflasi AS yang diterbitkan Selasa lalu di paras 3.2% adalah lebih rendah berbanding dua bulan lepas yang telah meningkat sebanyak 3.7%.

Jelasnya lagi, ia menyifatkan penurunan inflasi itu sebagai petanda bahawa Fed telah menunaikan mandatnya untuk menurunkan inflasi berikutan kadar faedah semasa telah menghampiri kemuncaknya.

Susulan itu, ringgit dijangka mencatat aliran kenaikan susulan penurunan AS Dollar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat