Ringgit Kurang Stabil, Ekonomi AS Dorong Pasaran Berwaspada!

133

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada dagangan Jumaat kerana prospek ekonomi AS yang berhati-hati mendorong lebih ramai para pelabur beralih kepada komoditi aset selamat.

Pada jam 10.50 pagi, ringgit didagangkan 4.7150 iaitu memulih sedikit sebanyak 0.06% berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.7160 pada Khamis.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) jatuh 0.14% kepada 105.906.

Selain itu, hasil Perbendaharaan AS untuk 2 dan 10 tahun turun 4.0 mata asas masing-masing kepada 4.71% dan 4.29% kerana tolok inflasi pilihan dijangka turun pada bulan Mei.

Anggaran konsensus data Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE) kepada 2.6% untuk Mei daripada 2.8% berbanding bulan sebelumnya.

Katanya lagi, Presiden Fed Bank Atlanta Raphael Bostic berkata bahawa Fed mungkin cenderung untuk mengurangkan kadar faedah sebaik sahaja kadar inflasi terus menurun.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama pada sesi awal.

Ia menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 2.9311/2.9344 daripada 2.9383/2.9404 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.9604/5.9667 daripada 5.9643/5.9681. Namun, Ia susut berbanding euro kepada 5.0471/5.0524 daripada 5.0452/5.0484.

Selain itu, ringgit kebanyakannya lebih rendah berbanding rakan setara Asean.

Nota tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4721/3.4761 daripada 3.4761/3.4788, tetapi susut berbanding rupiah Indonesia kepada 287.7/288.0 daripada 287.4/287.7.

Ia juga diturunkan berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.7927/8115 daripada 12.7874/8015.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat