Ringgit Lanjutkan Keuntungan, Dibuka Tinggi Hasil Sokongan Belian

329

Ringgit meneruskan momentum penurunannya dengan dibuka tinggi pada sesi awal dagangan Jumaat berbanding dolar AS. Ia bagi menyambung sokongan belian yang berterusan ke atas mata wang tempatan.

Tepat jam 9 pagi tadi, ringgit naik ke paras 4.7310 berbanding dolar AS yang ditutup pada 4.7335 pada lewat Khamis semalam.

Para peniaga berkata ringgit memanjangkan kenaikannya disebabkan oleh sentimen positif oleh Federal Reserve (Fed) bagi meyakinkan para pelabur berkenaan prospek pemotongan kadar faedah pada tahun ini.

Pasaran juga menjangkakan keputusan Fed yang menguatkan spekulasi berkenaan tiga kali pemotongannya pada tahun ini telah membantu meningkatkan sentimen pasaran.

Sementara itu, Afzanizam Abdul Rashid dalam kenyataannya berkata Swiss National Bank telah memotong kadar polisi sebanyak 25 mata asas kepada 1.50% semalam bagi melemahkan inflasi.

Tambahan pula, nada Bank of England (BoE) turut memaparkan dovish selepas mereka menetapkan kadar faedah pada 5.25% dan yakin dengan hala tuju kewangan negara tersebut.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 5.1402/1457 daripada 5.1444/1477 pada Khamis dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9951/6.0015 daripada 6.0202/0241 tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.1219/1252 daripada 3.1219/1252 semalam.

Unit tempatan ini diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.

Ia lebih kukuh berbanding baht Thailand pada 13.0151/0343 berbanding 13.0712/0850 pada penutup Khamis tetapi susut berbanding peso Filipina kepada 8.44/8.45 daripada 8.41/8.42 semalam,.

Ia susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.3 daripada 300.8/301.1 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5219/5259 daripada 3.5205/5230.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat