Ringgit Lemah Berbanding Dolar AS

151

Unit tempatan diniagakan rendah berbanding dolar AS pada dagangan pagi ini berikutan permintaan terhadap ringgit berkurang walaupun berlaku pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit susut kepada 4.1905/1945 berbanding dolar AS daripada 4.1820/1860 ketika ditutup petang Rabu.

Menurut seorang peniaga, pengurangan kadar faedah memang sudah dijangkakan oleh banyak pihak dengan kekurangan kehadiran pemangkin dalam pasaran turut mempengaruhi pasaran global di samping tumpuan pemain pasaran terarah kepada perkembangan rundingan perdagangan yang akan bermula.

Secara keseluruhannya, unit tempatan didagangkan lemah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.8690/8738 daripada 3.8640/8688 manakala berbanding dolar Singapura pula, ringgit diniagakan tidak berubah pada 3.0423/0463.

Selain itu, ringgit lemah berbanding pound Britain kepada 5.2235/2301 daripada 5.2116/2174. Bagaimanapun, berbanding euro, ringgit mengukuh kepada 4.6192/6253 daripada 4.6199/6259.

Sementara itu di bursa tempatan, sesi dagangan pagi ini dimulakan dengan indeks dibuka menyusut 0.27% kepada 1595.23 disebabkan ketiadaan petunjuk pasaran yang kuat untuk pelabur dengan berlatarbelakangkan pasaran serantau yang kukuh.

Di pasaran tempatan, antara saham yang mengalami penyusutan adalah Nestle Bhd, Malaysia Pacific Industries Bhd, Bristish American Tobacco, Kuala Lumpur Kepong Bhd, Hong Leong Financial Group, Ajinotomo (M) Bhd dan Dutchlady.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat