Ringgit Malaysia Dibuka Tinggi Berbanding USD

355

Ringgit Malaysia dibuka lebih tinggi berbanding US Dollar hari ini berikutan indeks US Dollar yang lemah dan harga minyak yang stabil.

Pada pukul 9 pagi, unit tempatan diniagakan meningkat kepada 4.2540/2580 berbanding US Dollar pada 4.2600/2650 ketika ditutup semalam.

Menurut Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, perubahan kadar US Dollar lebih mempengaruhi Ringgit Malaysia berbanding trend harga minyak dunia.

Ini adalah didorong faktor laporan vaksin oleh beberapa syarikat yang sedang menghasilkan penawar Coronavirus dan keputusan ujian yang positif telah meningkatkan semula keyakinan pelabur dalam pasaran.

Hal ini juga turut mendorong jangkaan untuk pemulihan ekonomi sekaligus turut meningkatkan semula jangkaan untuk permintaan tinggi harga minyak mentah.

Walau bagaimanapun, Ringgit Malaysia diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama dunia.

Ringgit Malaysia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0730/0775 daripada 3.0654/0697 pagi ini dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.9817/9858 daripada 3.9717/9774 semalam.

Selain itu, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding pound kepada 5.4153/4209 daripada 5.4047/4127 dan merosot berbanding euro kepada 4.9053/9112 daripada 4.8743/8817 sewaktu ditutup semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat