Ringgit Malaysia Menutup Pasaran Pada Tahun Ini dengan Dagangan Lemah

112

Ringgit Malaysia didagang tidak banyak berubah hari ini berbanding matawang gergasi memandangkan pasaran mendekati cuti akhir tahun.

Harga Ringgit kali terakhir dinilai pada 4.4830 atau 4.4860 berbanding US Dollar pagi tadi, tidak jauh dari nilai yang dicatat semalam.

Dalam masa yang sama, pasaran matawang kekal dalam jajaran kecil sebelum memasuki Tahun Baru. Walau bagaimanapun, pergolakan terhadap matawang US Dollar bakal berlaku dalam jangka masa sederhana berikutan dasar Trump yang berpotensi memberi kesan kepada inflasi.

Sebarang dasar oleh Trump ini juga boleh memberi kesan kepada Fed dalam keputusan kadar.

Sementara itu, Ringgit juga dicatat merosot berbanding Dollar Singapura, Yen dan juga British Pound.

Bank Pusat China Memperketatkan Undang-Undang Bagi Mengelakkan Dagangan Wang Haram!

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat