Ringgit Malaysia Mungkin Berada di Paras Lebih Tinggi Pada Tahun 2018?

227

Bank Negara Malaysia (BNM) mengulangi kenyataannya tentang pengukuhan ekonomi Malaysia dalam penetapan polisi monetari terkini minggu lalu. Dalam kenyataan polisi yang dikeluarkan pada Jumaat, BNM menunjukkan potensi kenaikan kadar faedah (Overnight Policy Rate, OPR) di masa hadapan.

“Kami percaya dengan tren kenaikan dalam unjuran oleh BNM di mana perasaan positif bank pusat terhadap ekonomi cenderung kepada kenaikan kadar faedah (OPR) seawal suku pertama 2018,” kata Nor Zahidi, ketua ekonomi di Malaysian Rating Corporation Bhd.

Jika benar kadar faedah akan dinaikkan, ia adalah yang pertama sejak Julai 2014.

Zahidi berkata, faktor utama kenaikan kadar faedah dalam jangka masa terdekat ini adalah kesan daripada pengukuhan pertumbuhan ekonomi pada 2017 yang lebih daripada jangkaan sebelum ini.

“Kami percaya pertumbuhan ekonomi tahun depan akan lebih kukuh daripada tren jangka panjang 5% disokong oleh sektor perdagangan,” kata beliau, dengan menambah ia sejajar dengan jumlah dagangan global yang terus mendapat momentum sejak 10 bulan lalu.

Harga minyak mentah dunia yang lebih stabil juga akan menyokong pengukuhan ekonomi Malaysia.

Permintaan domestik yang kukuh adalah antara faktor yang akan mendorong ekonomi khususnya sumbangan daripada penggunaan swasta (private consumption).

Zahidi juga berkata, kenaikan dalam kadar faedah The Fed (Fed Fund Rate) dan juga potensi kenaikan kadar di Eropah telah menyebabkan aliran-modal keluar dari Asia.

“Oleh itu dengan sentimen pengguna yang semakin baik, kenaikan kadar faedah dalam ekonomi domestik akan sedikit menghalang aliran-modal keluar dari Malaysia pada 2018 dengan memastikan inflasi juga terus stabil,” kata beliau, ia juga akan memberi kesan positif kepada Ringgit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat