Ringgit ‘Perform’ Habis, Bangkit Dari Posisi Terendah 25 Tahun!

5,640

Mata wang Ringgit Malaysia (RM) kini dilihat melonjak naik untuk hari ketiga berturut-turut disebabkan faktor kemerosotan data NFP Amerika Syarikat dan pelonggaran dasar monetari akan berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan.

Sebelum ini, Ringgit dilihat didagangkan rendah untuk beberapa minggu yang lalu.

NFP juga menyaksikan peningkatan yang agak perlahan pada bulan Oktober iaitu hanya 150,000 pertambahan pekerjaan dicatatkan. Manakala, kadar pengangguran meningkat kepada 3.9%.

Pada 6 petang semalam, mata wang ringgit dilihat melonjak kepada RM4.6340/6400 berbanding RM4.7265/7320 pada Jumaat lalu.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid melaporkan keuntungan bulanan sebanyak 2.28% pada ringgit dan menjadikannya mata wang kedua terbaik selepas mata wang Won, Korea Selatan.

Won mendahului mata wang Asia yang lain pada Isnin lalu disebabkan saham melonjak naik ketika kejatuhan USD.

Katanya lagi, sebarang ramalan peningkatan lanjut bergantung kepada mesyuarat FED pada pertengahan Disember nanti.

Mata wang Dolar Singapura juga dilihat naik daripada 3.4713/4756 kepada 3.4341/4388. Manakala, Rupiah Indonesia meningkat daripada 300.5/300.9 kepada 298.1/298.7 pada Jumaat lepas.

Ramai berpendapat bahawa peningkatan ini disebabkan boikot secara besar-besaran dan masyarakat beralih ke produk tempatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat