Ringgit Positif Berbanding USD, Ramalan Kadar Faedah Fed Masih Berisiko!

80

Ringgit bergerak lebih tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan Selasa apabila sentimen para pelabur kekal berhati-hati sementara menunggu data ekonomi terkini dan pandangan mengenai prospek ekonomi global.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7100/4.7149 berbanding USD daripada 4.7190/47225 pada penutup Jumaat.

Pasaran tempatan ditutup pada Isnin sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kini, peserta pasaran akan mengalihkan tumpuan mereka pada satu siri ucapan oleh pegawai Fed AS dan laporan Jualan Runcit AS yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam ini.

Selain itu, Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka mengekalkan Kadar Tunai Rasmi pada 4.35% untuk kali kelima berturut-turut. China juga akan melaporkan data pengeluaran perindustriannya, jualan runcit, pelaburan aset tetap dan pekerjaan yang mungkin menimbulkan reaksi bercampur-campur.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dalam dagangan awal.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9871/2.9898 daripada penutup Jumaat 3.0046/3.0072 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.9864/5.9915 daripada 5.9955/5.9999 tetapi lemah berbanding euro kepada 5.0567/5.0610 daripada 5.0418/5.0455 sebelumnya.

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding rakan setara Asean.

Mata wang tempatan itu lebih baik berbanding rupiah Indonesia pada 287.0/287.2 daripada 287.5/287.8 pada penutup Jumaat dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.04/8.05 sebelumnya.

Ia juga meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4842/3.4875 daripada 3.4857/3.4886 Jumaat lalu dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.7986/12.8136 daripada 12.8328/12.8475 sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat