Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur kekal berhati-hati mengenai unjuran pemotongan kadar Federal Reserve (Fed) dalam tempoh terdekat.
Pada jam 10.00 pagi, ringgit berada pada paras 4.4710 iaitu susut 0.04% berbanding USD daripada ia ditutup 4.4685 pada penghujung dagangan Rabu.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal tidak menentu berhubung trajektori pemotongan kadar faedah AS memandangkan dasar penggal kedua Presiden Donald Trump yang bakal dipilih AS dan mempengaruhi sentimen pasaran.
Indeks Dolar AS (DXY) terus kekal tinggi pada sekitar 106 mata dengan ketiadaan data ekonomi AS yang penting.
Di pasaran tempatan, ringgit mencatatkan sedikit kenaikan semalam berbanding dolar AS tetapi membuat peningkatan yang besar berbanding mata wang Asia.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6568/6694 daripada 5.6620/6690 pada penutup pada hari Rabu dan menambah nilai berbanding euro kepada 4.7136/7242 daripada 4.7178/7236 semalam.
Bagaimanapun, ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.8785/8853 daripada 2.8696/8733 sebelumnya.
Unit tempatan itu didagangkan rendah berbanding mata wang Asean.
Ia rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 281.6/282.4 daripada 281.5/282.0 semalam, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3291/3368 daripada 3.3290/3333 dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.8997/93887 daripada 12.9885 daripada sebelumnya.
Bagaimanapun, ia hampir mendatar berbanding peso Filipina pada 7.58/7.60 daripada 7.58/7.59 pada penutup Rabu. – Bernama