Ringgit Terus Diberi Tekanan, ‘Angan-angan’ Cecah RM5.00 Bakal Jadi Kenyataan?

793

Ringgit dibuka sederhana berbanding dolar AS hari ini menjelang pengumuman laporan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat 2023 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Tepat jam 10.30 pagi, ringgit konsisten di paras 4.7830 berbanding dolar AS berbanding 4.7845 pada penutup semalam.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Abdul Rashid berkata KDNK S4 2023 Malaysia berkemungkinan mencapai 3.4% pada asas tahunan.

Kini, para pelabur sedang mencari lebih banyak petunjuk berkenaan bagaimana BNM akan menilai ekonomi pada 2024 dan cara mereka menterjemahkannya pada dasar monetari nanti.

Katanya lagi, ringgit akan terus pada posisi melemah di sekitar paras RM4.79 berbanding dolar AS.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nota tempatan melemah berbanding yen Jepun kepada 3.1812/1847 daripada 3.1757/1786 pada penutup Rabu, jatuh berbanding pound Britain kepada 6.0089/0152 daripada 5.9983/6.0033 dan susut berbanding euro kepada 5.1628 daripada 5.1309/5.1309/5. 1227 sebelum ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.

Ia lebih rendah berbanding baht Thailand pada 13.2483/2677 berbanding 13.2366/2535 pada penutup semalam, dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5465/5505 berbanding 3.5441/5473 pada Rabu.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.52/8.54 semalam dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 306.3/306.8 daripada 306.5/307.0 sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat