Ringgit Teruskan Pengukuhan, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

594

Hari ini, ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS yang sedikit memulih sejak semalam susulan data pertumbuhan ekonomi AS yang menunjukkan ia berkembang lebih pantas pada suku ketiga tahunan semasa kebimbangan yang semakin meningkat dalam penurunan kadar faedah.

Tepat jam 10.40 pagi tadi, ringgit berada pada paras 4.6500 berbanding semalam yang ditutup pada nilai 4.9704. Ia dilaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada kadar tahunan sebanyak 5.2% pada suku ketiga, meningkat daripada bacaan awalnya iaitu 4.9%.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam berkata bahawa penurunan lebih ketara pada Perbendaharaan AS jangka pendek menunjukkan jangkaan penurunan kadar faedah pada 2024 telah menunjukkan momentum.

Secara tidak langsung, ini bakal memberi petanda yang baik kepada ringgit terutama sekali apabila nilai dolar AS telah menembusi paras sokongan sebelumnya iaitu RM4.6611.

Kenyataan pegawai Federal Reserve (Fed) yang mencadangkan kadar faedah pada 5.50% telah mencapai kemuncaknya dan berkemungkinan paras sokongan ringgit seterusnya terletak pada RM4.5778.

Namun, dapat dilihat juga ringgit lebih susut berbanding euro kepada nilai 5.1080, pound Britain pula kepada 5.9068 dan yen Jepun pula kepada 3.1641 berbanding sebelumnya.

Manakala, ringgit dilihat agak bercampur jika dibandingkan dengan mata wang ASEAN lain.

Mata wang tempatan dibuka kukuh berbanding baht Thailand kepada 13.3439 dan peso Filipina pula naik kepada 8.38 daripada ditutup semalam.

Bagaimanapun, ringgit turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.4923 dan rupiah Indonesia pula turun kepada 302.1 daripada sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat