Ripple Masih Belum Bankrap Tapi…

1,944

Sedar tidak sedar sejak Ripple Labs Inc. disaman Securities and Exchange Commission pada minggu lalu, permodalan pasaran XRP telah jatuh hampir $130 bilion selepas all-time high pada 2018.

Menurut Josh Frank dari firma penyelidikan kripto, THE TIE, penyusutan nilai XRP sebanyak 93% daripada $137 bilion kepada $10 bilion lebih rendah, lebih teruk berbanding kejatuhan beberapa firma besar seperti Enron dan Worldcom.

Walaupun bukan bankrap, penyusutan XRP merupakan ketiga terbesar selepas Lehman Brothers dan Washington Mutual.

XRP mencipta sejarahnya pada Januari 2018 dengan permodalan pasaran sekitar $140 bilion sebelum susut ke paras bawah $10 bilion dengan anggaran kehilangan sebanyak $130 bilion kurang daripada 3 tahun.

Frank turut meluahkan rasa kecewa ekoran daripada para pelabur individu yang telah kehilangan lambakan wang ketika pengasasnya mengaut keuntungan.

Pemain institusi dilihat mula meninggalkan XRP.

Seperti Grayscale dalam laporan terbaru telah menutup simpanan peribadi XRP. Manakala, ada juga timbul khabar mengatakan firma itu tidak lagi akan memproses permohonan yang tertangguh bagi XRP Trust.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.21, susut lebih 65% dalam tempoh 30 hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat