Ripple Sambut Projek Terbaru, Kali Ini Bersama Bank Terbesar Qatar!

2,396

Ripple telah menjalinkan kerjasama dengan Qatar National Bank (QNB) untuk menambahbaik pembayaran rentas sempadan dan melancarkan platform pengiriman wang yang terbaru.

Dikhabarkan QNB akan menguji RippleNet bersama QNB Finansbank di Turki sebagai salah satu usaha pelancaran berkumpulan.

Melalui kerjasama tersebut, penggunaan RippleNet dapat dimanfaatkan bagi aspek penambahbaikan pembayaran rentas sempadan termasuk meluaskan sektor pembayaran rentas sempadan ke negara lain.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga merancang untuk mengembangkan lagi penyelesaian Ripple kepada sudut pengiriman wang yang baharu pada masa akan datang.

Kerjasama ini secara tidak langsung membolehkan pembayaran secara langsung bagi keselesaan klien QNB.

Walaupun berhadapan Securities and Exchange Commission (SEC) berikutan isu penjualan aset bukan sekuriti sejak Disember 2019, Ripple tidak gentar untuk meluaskan penggunaan produknya melalui jalinan kerjasama dengan entiti lain.

Pada bulan lepas, firma kripto ini dilaporkan menyertai Bhutan dalam pengujian matawang digital bank pusat (CBDC) menggunakan penyelesaian Private Ledger.

Sebagai rekod, QNB merupakan institusi kewangan terbesar di Asia Timur dan Afrika. QNB juga memiliki syarikat sekutu yang beroperasi di lebih 30 buah negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat