Ripple Sekali Lagi Catat Kemenangan Ke Atas SEC!

5,872

Ripple sekali lagi mencatat satu lagi kemenangan kecil dalam perseteruan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) berhubung penjualan dan klasifikasi matawang kripto.

Setelah memberikan Ripple akses ke komunikasi SEC dalaman minggu lalu,ketua hakim telah menolak usul mengaitkan rekod kewangan dengan pengasas bersama Ripple, Chris Larsen dan CEO Brad Garlinghouse.

SEC pada asalnya mengharapkan jika data kewangan pengasas Ripple dapat diperolehi maka ia akan memudahkan kes pertuduhan terhadap Ripple dan eksekutifnya, yang dituduh melanggar undang-undang sekuriti persekutuan melalui penjualan XRP yang berterusan kepada orang ramai.

Walaubagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa usulan pendedahan itu akan membawa kepada pencerobohan privasi yang tidak beralasan dan dana yang dihantar dari pertukaran kripto kepada para tertuduh tidak dapat dikaitkan dengan penjualan XRP.

Menurut ketua Hakim Majistret Sarah Netburn, SEC percaya bahawa rekod perbankan tertuduh akan menunjukkan bukti bahawa transaksi spekulatif berkemungkinan terjadi . Walaubagaimanapun lanjut Netburn, walaupun defendan (tertuduh) tidak memberikan rekod transaksi XRP mereka, ia bukan alasan unutk meminta individu menunjukkan bukti transaksi peribadi.

Pada minggu lalu, Ripple telah menang hak yang menuntut SEC untuk menyerahkan dokumen dalaman berkaitan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $1.39, melonjak lebih 3.23% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat