Risau Bekalan Dunia Terjejas, Harga Minyak Kekal Tinggi

594

Dagangan minyak mentah kekal didagangkan tinggi ketika serangan Ukraine memasuki hari kedua dengan kebimbangan terhadap gangguan bekalan bahan api global terus meningkat disebabkan krisis ini.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent terus menguat pada sekitar harga $101.90 setong dengan kenaikan hampir 3% yang dicatatkan hari ini. Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan kukuh pada $95 setong selepas meningkat 2.2%.

Tindakan Rusia menyerang Ukraine telah menyebabkan harga minyak melonjak menembusi $100 setong buat kali pertama sejak 2014 pada Khamis, dengan Brent mencecah $105, sebelum mengurangkan keuntungan menjelang penutupan dagangan.

Ini susulan kenyataan daripada Presiden Amerika Syarikat Joe Biden bahawa sekatan yang dikenakan oleh mereka terhadap Rusia tidak akan menjejaskan ekonomi mereka.

Beliau juga mengatakan Washington akan bekerjasama dengan negara pengguna utama lain mengenai pelepasan rizab yang diselaraskan bagi menangani kekurangan bekalan minyak.

Walaupun begitu, harga minyak kembali menguat kerana sekatan-sekatan lain yang dikenakan oleh AS dan sekutunya dilihat berpotensi menyebabkan gangguan bekalan memandangkan Rusia merupakan salah satu pengeluar terbesar dunia.

Sementara itu, stok minyak mentah AS terus merosot di Cushing, Oklahoma, menghampiri paras kritikal yang boleh mendorong kenaikan harga minyak selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat